Pelawaan Untuk Memohon Pinjaman Pelajaran Tahun 2015

Yayasan Chang Ming Thien

No. Syarikat: 196840-U

PELAWAAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN

Permohonan pinjaman pelajaran adalah dipelawa untuk pertimbangan oleh Yayasan Chang Ming Thien.

Kelayakan

1.  Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

2.  Pemohon mestilah telah menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam atau Yayasan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas yang ditetapkan oleh Yayasan; dan

3. Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen yang berkaitan termasuk bukti kesulitan kewangan.

 

Permohonan

1. Permohanan hendaklah dibuat degan melengkapkan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh Yayasan serta mengikuti peraturan-peraturan pinjaman pelajaran Yayasan. Borang dan presedur permohonan boleh didapati daripada pejabat urusetia Yayasan di Tingkat 9, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03- 2161 5417 Fax: 03-2164 4227, Email: doris@kojadi.com.my atau cmt@mca.org.my atau muat turun dari bahagian Download Zones di laman web ini.

 

2.  Borang permohanan yang lengkap mestilah dikemukakan kepada Lembaga Yayasan bersama dengan dokumen yang berkaitan sebelum 22 OGOS 2015

 

Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Chang Ming Thien

3 OGOS 2015